Artikel Menarik

18 March 2011

Kegunaan Lain Botol

Botol bersepah-sepah dimana-mana. Dibuang setelah habis isinya. Apakata korang tukar cara lama tu dan buat sesuatu supaya alam kita tidak tercemar. Sama-samalah kita menjaga alam sekitar kita. Ewwwaaah! Macam iklan atau kempen la pulak!

1) Boleh dibuat kraf tangan yang cantik. Buatlah bentuk lampu ke, tanglung ke, piring terbang ke, orang mengendap ke, ape-ape je la... ikut kreativiti korang.

2) Nak buang air atau kencing, tapi korang kat lebuh raya dan R&R pulak jauh lagi? Gunakan botol tanpa was-was.

3) Selain dari air. Korang boleh simpan air nira ataupun madu lebah. Madu untuk bini korang. Tak boleh la!

4) Ikatkan pada badan banyak-banyak dan ia akan jadi pelampung DiY (do it yourself). Kena banyak! Kalau tak dengan korang dan botol itu jadi tukun ikan karang.

5) Isi pasir dan ianya akan bertukar menjadi pemberat untuk kegunaan senaman harian. Tak payah beli yang mahal-mahal. Yang murah lagi free ada!

Bermacam-macam lagi korang boleh buat dengan botol itu! Cuma perlu kreatif sahaja! Dimana ada kemahuan disitu ada highway! iaitu jalan la!
Tinggalkan KOMEN dan LIKE FACEBOOK tanda SOKONGAN anda!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment